Langkau ke kandunganWhatsApp
Hari Seniman Negara — Galeri Lebok Dana
Cerita & Aktiviti22 Mac 2022· 1 min bacaan

Hari Seniman Negara

Pada petang tadi, Galeri Lebok Dana bersama dengan Geng Pau Suri telah mengadakan sebuah majlis sambutan Hari Seniman Negara yang bertempat di Galeri Lebok Dana.

Pada petang tadi, Galeri Lebok Dana bersama dengan Geng Pau Suri telah mengadakan sebuah majlis sambutan Hari Seniman Negara yang bertempat di Galeri Lebok Dana. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memanjatkan rasa kesyukuran kami kepada Allah SWT kerana baru-baru ini Kerajaan Malaysia telah menukarkan tarikh Hari Seniman Negara daripada 29 Mei kepada 22 Mac setiap tahun sempena memperingati tarikh kelahiran Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Antara aturcara majlis pada hari ini termasuklah ucapan (press release) daripada wakil Geng Pau Suri, Tuan Wayne Major, selepas itu pemberian potrait P.Ramlee yang dilukis oleh beliau kepada Galeri Lebok Dana dan doa selamat dan kesyukuran buat seluruh Seniman dan Seniwati tanah air.

Terima kasih yang tak terhingga buat rakan-rakan dan pihak media kerana sudi hadir ke majlis ini.

Hari Seniman Negara — foto 1Hari Seniman Negara — foto 2Hari Seniman Negara — foto 3Hari Seniman Negara — foto 4Hari Seniman Negara — foto 5Hari Seniman Negara — foto 6Hari Seniman Negara — foto 7Hari Seniman Negara — foto 8Hari Seniman Negara — foto 9Hari Seniman Negara — foto 10Hari Seniman Negara — foto 11Hari Seniman Negara — foto 12Hari Seniman Negara — foto 13Hari Seniman Negara — foto 14Hari Seniman Negara — foto 15Hari Seniman Negara — foto 16Hari Seniman Negara — foto 17Hari Seniman Negara — foto 18Hari Seniman Negara — foto 19
Rakaman daripada saluran YouTube galeri. Tonton di YouTube →

Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.