Langkau ke kandunganWhatsApp
Koes Plus - Penyanyi Baru — rakaman piring hitam dari koleksi Galeri Lebok Dana
Lagu Piring Hitam14 Disember 2022· 1 min bacaan
Koes Plus

Penyanyi Baru

MINGGU KOES PLUS DI GALERI LEBOK DANA Bersempena dengan "Minggu Koes Plus di Galeri Lebok Dana", pada hari ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan lagenda daripada negara Ind…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

MINGGU KOES PLUS DI GALERI LEBOK DANA

Bersempena dengan “Minggu Koes Plus di Galeri Lebok Dana”, pada hari ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan lagenda daripada negara Indonesia iaitu Koes Plus yang berjudul “Penyanyi Baru”. Koes Plus ataupun dahulunya dipanggil Koes Bersaudara merupakan sebuah kumpulan muzik Indonesia yang popular pada zaman 60-an dan 70-an. Mereka juga dipanggil sebagai “The Beatles Indonesia” pada zamannya. Lagu “Penyanyi Baru” ini merupakan lagu ciptaan Yon Koeswoyo pada tahun 1974 dalam album mereka “Koes Plus Vol. 13”.

Mari sama sama kita dengarkan “Koes Plus - Penyanyi Baru”.

Semoga terhibur.

Terima kasih.

Lirik Lagu

Aku ini penyanyi baru Ku sendiri ku bernyanyi lagu baru Tiap hari hibur diri Ku bernyanyi sesuka hati

Ku bawakan lagu baru Lagu-lagu di hatiku Laguku sendiri Hiburan sepanjang hari

Aku ini penyanyi baru Ku sendiri ku bernyanyi lagu baru

Rakaman daripada saluran YouTube galeri. Tonton di YouTube →

Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.