
Kunjungan daripada ACP (B) Mohammad Zain serta Isteri
Pada pagi tadi, Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada peminat P.Ramlee daripada Pulau Pinang iaitu ACP (B) Mohammad Zain serta isteri.
Assalamualaikum dan salam hujung minggu buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.
Pada pagi tadi, Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada peminat P.Ramlee daripada Pulau Pinang iaitu ACP (B) Mohammad Zain serta isteri. Pada masa yang sama, Cikgu Ahmad Ayub menyerahkan baju cetakan beliau untuk Pertandingan Bintang P.Ramlee Sarawak 2022 kepada ahli kumpulan Geng Pau Suri. Majlis hari ini juga telah dihadiri oleh Tuan Hj Sazali dan juga Zamahari Materang.
Terima kasih buat Tuan Mohammad Zain serta isteri dan juga semua yang hadir pada hari ini. Semoga kita berjumpa lagi kelak. InsyaAllah. Aamiin.
Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.


















