
Kunjungan daripada Eko daripada UMS, Sabah
Pada 15 Disember yang lepas, galeri kami merasa terhormat dengan kunjungan Encik Eko bersama isterinya serta rakan yang berasal daripada Sabah.
Pada 15 Disember yang lepas, galeri kami merasa terhormat dengan kunjungan Encik Eko bersama isterinya serta rakan yang berasal daripada Sabah. Dalam kesibukan mereka menguruskan hal kerja di Sarawak, mereka sempat meluangkan masa untuk singgah ke Galeri Lebok Dana bagi menikmati keindahan koleksi yang kami pamerkan.
Apa yang menarik, Encik Eko juga berkongsi minat yang sama dengan kami dalam mengumpul dan menyimpan barang-barang lama. Pertemuan ini menjadi satu peluang berharga untuk bertukar cerita dan pengalaman tentang hobi ini. Kami amat berbesar hati dapat menyambut mereka dan berharap lawatan ini memberikan kenangan yang manis.
Terima kasih kepada Encik Eko, isteri, dan rakan atas kunjungan ini. Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang!



