Langkau ke kandunganWhatsApp
Kad tajuk video kunjungan Kelab Peminat P. Ramlee dari Brunei Darussalam ke Galeri Lebok Dana pada 29 November 2024
Cerita & Aktiviti19 Disember 2024· 1 min bacaan

Kunjungan daripada Peminat P Ramlee Brunei Darussalam

Pada 29 November yang lepas, galeri kami berasa amat bertuah menerima kunjungan istimewa daripada ahli-ahli Kelab Peminat P. Ramlee dari Brunei Darussalam, seramai lebih kurang 20 orang.

Pada 29 November yang lepas, galeri kami berasa amat bertuah menerima kunjungan istimewa daripada ahli-ahli Kelab Peminat P. Ramlee dari Brunei Darussalam, seramai lebih kurang 20 orang. Dalam lawatan ini, mereka sempat meluangkan masa meninjau koleksi yang terdapat di Galeri Lebok Dana sambil merakam kenangan melalui gambar-gambar yang diambil di sekitar galeri.

Kunjungan ini juga merupakan sebahagian daripada perjalanan mereka ke Sarawak untuk menyaksikan Pertandingan Bintang P. Ramlee 2024 yang telah berlangsung pada 30 November di Stadium Perpaduan, Kuching. Sungguh istimewa dapat melihat pengunjung dari negara jiran yang turut menghargai dan mencintai warisan seni tanah air kita.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan ini dan berharap dapat bertemu lagi pada masa akan datang. Semoga persahabatan antara dua negara terus kukuh melalui kecintaan terhadap seni dan budaya.

Rakaman daripada saluran YouTube galeri. Tonton di YouTube →