
Cerita & Aktiviti25 Disember 2023· 1 min bacaan
Kunjungan daripada Puan Rogaiyah Serta Keluarga Daripada Singapura
Pada petang tadi, Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada saudari Rogaiyah serta keluarga daripada Singapura.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan Galeri Lebok Dana.
Pada petang tadi, Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada saudari Rogaiyah serta keluarga daripada Singapura. Mereka bercuti ke Kuching, Sarawak dan tidak melepaskan peluang untuk pergi melawat ke Galeri Lebok Dana untuk melihat sendiri koleksi-koleksi berkaitan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di galeri ini.
Terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan masa ke sini dan semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang. Aamiin
Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.

















