Langkau ke kandunganWhatsApp
Kad tajuk video kunjungan rakan-rakan dari Bintulu ke Galeri Lebok Dana pada 30 Ogos 2025, berlatarkan potret P. Ramlee dan gramofon
Cerita & Aktiviti16 September 2025· 1 min bacaan

Kunjungan daripada Rakan Rakan daripada Bintulu

Pada 30 Ogos yang lalu, Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada rakan-rakan dari Bintulu yang dibawa oleh Saudara Lutfi Lett. Kami amat berbesar hati dapat menyambut kedatangan mereka ke galeri kecil kami ini.

Pada 30 Ogos yang lalu, Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada rakan-rakan dari Bintulu yang dibawa oleh Saudara Lutfi Lett. Kami amat berbesar hati dapat menyambut kedatangan mereka ke galeri kecil kami ini. Para tetamu sempat melihat koleksi-koleksi yang ada di sini, sekaligus merasai suasana penuh nostalgia yang ingin kami kongsikan melalui setiap bahan pameran.

Kunjungan kali ini turut dimeriahkan dengan sesi karaoke bersama, di mana lagu-lagu malar segar Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menjadi pilihan. Gelak tawa dan semangat kebersamaan yang terjalin sepanjang sesi tersebut benar-benar menceriakan suasana.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Lutfi Lett dan rakan-rakan dari Bintulu atas kesudian singgah ke Galeri Lebok Dana. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang, insya-Allah.

Rakaman daripada saluran YouTube galeri. Tonton di YouTube →