
Kunjungan Mesra daripada Tuan Hj Jaludin Amat serta Isteri
Pada pagi tadi, menerima kunjungan mesra daripada pencinta koleksi barangan lama daripada Miri, Tuan Haji Jaludin Amat bersama isteri.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.
Pada pagi tadi, menerima kunjungan mesra daripada pencinta koleksi barangan lama daripada Miri, Tuan Haji Jaludin Amat bersama isteri. Tuan Hj Jaludin juga merupakan salah seorang “collector” barangan-barangan lama seperti radio lama piring hitam dan lain-lain lagi di rumah beliau. Kami sempat berkongsi pengalaman dan cerita tentang barang-barang yang kami simpan.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di Galeri Lebok Dana. Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang. InsyaAllah. Aamiin.
Lagu : Sri Bulan
Penyanyi : Tan Sri P.Ramlee & Saloma
Ciptaan : Tan Sri P.Ramlee
OST : Sabarudin Tukang Kasut (1966)
Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.


























