Langkau ke kandunganWhatsApp
Tajuk lagu “Anakku Sazali” nyanyian P. Ramlee dalam video piring hitam Galeri Lebok Dana
Lagu Piring Hitam10 Oktober 2026· 2 min bacaan
P. Ramlee

Anakku Sazali

Hari 7 kiraan detik ke Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026: “Anakku Sazali” nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, diputarkan daripada koleksi piring hitam Galeri Lebok Dana.

Esok malam kemuncaknya! Untuk hari terakhir kiraan detik ini, Galeri Lebok Dana memutarkan sebuah lagu yang cukup sinonim dengan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee daripada koleksi piring hitam kami, iaitu “Anakku Sazali”.

Lagu ini merupakan lagu tema filem Anakku Sazali (1956) arahan Phani Majumdar. Dalam filem tersebut, P. Ramlee memegang dua watak sekali gus, iaitu Hassan si ayah dan Sazali si anak. Hassan mencipta lagu ini buat anaknya yang belum lahir, namun isterinya meninggal dunia ketika melahirkan Sazali. Kasih sayang seorang ayah yang terlalu memanjakan anaknya menjadi teras kisah ini. Lakonan P. Ramlee dalam filem ini telah membawanya meraih Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia ke-4 di Tokyo pada tahun 1957. Kami turut menyelitkan beberapa babak daripada filem tersebut dalam video ini.

“Anakku Sazali dengarlah, lagu yang ayahanda karangi”, sebuah lagu kasih seorang ayah yang terus hidup merentasi generasi.

Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026 akan berlangsung pada:

  • 📅 Ahad, 11 Oktober 2026
  • 🕘 9.00 malam
  • 📍 DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • 📺 Siaran langsung di TV2

Galeri Lebok Dana juga akan mengadakan pameran pada hari tersebut. Jom datang beramai-ramai, singgah ke pameran kami dan sama-sama memberi sokongan kepada bakat-bakat yang meneruskan legasi Tan Sri P. Ramlee!

Selamat mendengar, dan jumpa esok di pameran Galeri Lebok Dana! Semoga terhibur bersama Galeri Lebok Dana.

Rakaman daripada saluran YouTube galeri. Tonton di YouTube →