Berkorban Apa Saja
Hari 2 kiraan detik ke Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026: “Berkorban Apa Saja” nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, diputarkan daripada koleksi piring hitam Galeri Lebok Dana.
6 hari lagi menuju Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026! Untuk hari kedua kiraan detik ini, Galeri Lebok Dana memutarkan sebuah lagu yang penuh semangat daripada koleksi piring hitam kami, iaitu “Berkorban Apa Saja” nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Lagu ini merupakan gubahan P. Ramlee dengan lirik oleh Jamil Sulong, dan didendangkan oleh watak Hang Tuah lakonan beliau dalam filem Hang Tuah (1956). Walaupun lahir daripada sebuah filem, lagu ini kemudiannya diangkat menjadi antara lagu patriotik yang paling popular di Malaysia, dan pernah dinyanyikan semula oleh penyanyi seperti Jamal Abdillah dan Herman Tino.
Liriknya ringkas tetapi cukup dalam maknanya, “Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia”. Dalam video ini, kami turut menyelitkan beberapa babak daripada filem Hang Tuah sebagai kenangan.
Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026 akan berlangsung pada:
- 📅 Ahad, 11 Oktober 2026
- 🕘 9.00 malam
- 📍 DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- 📺 Siaran langsung di TV2
Galeri Lebok Dana juga akan mengadakan pameran pada hari tersebut. Jom datang beramai-ramai, singgah ke pameran kami dan sama-sama memberi sokongan kepada bakat-bakat yang meneruskan legasi Tan Sri P. Ramlee!
Selamat mendengar, dan jumpa lagi esok dengan lagu seterusnya. Semoga terhibur bersama Galeri Lebok Dana.



