
Getaran Jiwa
Bersempena dengan sebuah pertandingan nyanyian yang mengetengahkan bakat-bakat menerusi lagu klasik Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma yang dikenali sebagai Getaran Jiwa yang akan berlangsung pada 21 Okt…
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan Facebook Galeri Lebok Dana.
Bersempena dengan sebuah pertandingan nyanyian yang mengetengahkan bakat-bakat menerusi lagu klasik Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Puan Sri Saloma yang dikenali sebagai Getaran Jiwa yang akan berlangsung pada 21 Oktober ini, Galeri Lebok Dana ingin memutarkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Tan Sri P.Ramlee yang bertajuk “Getaran Jiwa”. Pertandingan ini akan diadakan pada setiap hari Jumaat, pukul 8.45 malam, selama 8 minggu dan boleh ditonton secara langsung di saluran 122 di Astro dan MYTV.
Untuk peminat yang berada di sekitar Kuching, Sarawak yang berminat untuk menonton Konsert Mingguan Getaran Jiwa, anda boleh mengesahkan kehadiran anda dengan mengisi borang ini di dalam pautan ini ( ) untuk mendapatkan tiket masuk. Kehadiran walk-in adalah berdasarkan kekosongan setiap episod. First come first serve basis. Dewan akan dibuka untuk penonton mulai 07:00 malam dan ditutup pada 8:20 malam.
Di kesempatan ini, saya ucapkan semoga maju jaya buat semua peserta yang akan bertanding dalam pertandingan “Getaran Jiwa” dan saya ucapkan syabas dan terima kasih buat TVS kerana sudi menganjurkan pertandingan sebegini.
Semoga terhibur. Terima kasih.
Lirik Lagu
Getaran jiwa Menlanda hatiku Tersusun nada Irama dan lagu
Walau hanya sederhana Tetapi tak mengapa Moga dapat membangkitkan Sedarlah kamu wahai insan
Tak mungkin hilang Irama dan lagu Bagaikan kembang Sentiasa bermadu
Andai dipisah Lagu dan irama Lemah tiada berjiwa Hampa
Tak mungkin hilang Irama dan lagu Bagaikan kembang Sentiasa bermadu
Andai dipisah Lagu dan irama Lemah tiada berjiwa Hampa
Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.



