Hamidah
Hari 3 kiraan detik ke Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026: “Hamidah” nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, diputarkan daripada koleksi piring hitam Galeri Lebok Dana.
5 hari lagi menuju Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026! Pada hari ketiga ini, Galeri Lebok Dana memutarkan sebuah lagu klasik yang manis daripada koleksi piring hitam kami, iaitu “Hamidah” nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Lagu ini dipetik daripada filem Ibu (1953) arahan S. Ramanathan, ketika P. Ramlee masih di peringkat awal kerjayanya bersama Malay Film Productions di Singapura. Dalam filem tersebut, beliau memegang watak Rahimi, anak kepada seorang ibu yang buta yang bercita-cita menjadi pemain trompet terkenal, manakala Hamidah dilakonkan oleh Aini Hayati. Lagu ini mengiringi babak mimpi Hamidah yang dipentaskan dengan begitu indah.
“Gelora asmara menggoda di hati kanda, Hamidah, oh Hamidah”, alunan lagu yang lembut ini membawa kita kembali ke zaman awal kegemilangan filem Melayu. Kami turut menyelitkan beberapa babak daripada filem Ibu dalam video ini.
Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026 akan berlangsung pada:
- 📅 Ahad, 11 Oktober 2026
- 🕘 9.00 malam
- 📍 DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- 📺 Siaran langsung di TV2
Galeri Lebok Dana juga akan mengadakan pameran pada hari tersebut. Jom datang beramai-ramai, singgah ke pameran kami dan sama-sama memberi sokongan kepada bakat-bakat yang meneruskan legasi Tan Sri P. Ramlee!
Selamat mendengar, dan jumpa lagi esok dengan lagu seterusnya. Semoga terhibur bersama Galeri Lebok Dana.



