Langkau ke kandunganWhatsApp
P.Ramlee - Hujan di Tengah Hari — rakaman piring hitam dari koleksi Galeri Lebok Dana
Lagu Piring Hitam14 Julai 2022· 1 min bacaan
P.Ramlee

Hujan di Tengah Hari

Pada pagi ini, Galeri Lebok Dana memutarkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berjudul "Hujan di Tengah Hari".

Assalamualaikum dan salam sejahtera hari buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

Pada pagi ini, Galeri Lebok Dana memutarkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berjudul “Hujan di Tengah Hari”. Lagu ini merupakan OST daripada filem beliau yang bertajuk “Perjodohan” arahan B N Rao Tahun 1954 Keluaran Malay Film Production Jalan Ampas, Singapura.

Semoga terhibur. Terima kasih.

Lirik Lagu

Sedih rasanya hati di dalam Mengenangkan peristiwa masa yang telah silam Di mana aku hidup bersama si dia Tak pernah rasa aman bahagia

Perselisihan sering terjadi Walaupun jauh dari nyata dan juga bukti Namun begitu dia selalu terburu Tegak meluru menurut nafsu Andainya dia dapat mengubah Tetap kuterima Mendirikan mahligai ria Tapi tak berdaya

Kusangka panas sampai ke petang Rupanya hujan di tengahari

Rakaman daripada saluran YouTube galeri. Tonton di YouTube →

Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.