Langkau ke kandunganWhatsApp
P.Ramlee - Rindu Hatiku Tidak Terkira — rakaman piring hitam dari koleksi Galeri Lebok Dana
Lagu Piring Hitam18 Ogos 2019· 1 min bacaan
P.Ramlee

Rindu Hatiku Tidak Terkira

Artis : P.Ramlee Lagu : Rindu Hatiku Tidak Terkira Petikan dari filem Juwita (1951) yang dibintangi oleh P.Ramlee, Kasma Booty dan diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd di Singapura.

Artis : P.Ramlee

Lagu : Rindu Hatiku Tidak Terkira

Petikan dari filem Juwita (1951) yang dibintangi oleh P.Ramlee, Kasma Booty dan diterbitkan oleh Malay Film Productions Ltd di Singapura.

Lirik Lagu

Rindu hatiku tidak terkira Terkenang orang yang jauh Rindu hatiku tidak terkira Terkenang orang yang jauh

Yang selalu bermain di mata Ibarat kumbang rindukan bunga Yang selalu bermain di mata Ibarat kumbang rindukan bunga

Bila kupandang bulan di kalang Parasmu yang cantik gemilang Makin lama jelas kelihatan Senyumanmu menawan

Bilakah masa kita berjumpa? Memadukan asmara Bilakah masa kita berjumpa? Memadukan asmara

Yang senantiasa bergelora Menyala-nyala dalam dada Yang senantiasa bergelora Menyala-nyala dalam dada

Tak boleh kulupa sekejap mata Ingin pula kita berkata Tempat berlindung dan bergantung hati Kupuja sampai mati

Rakaman daripada saluran YouTube galeri. Tonton di YouTube →

Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.