Selamat Berbahagia Wahai Kekasih
Hari 6 kiraan detik ke Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026: “Selamat Berbahagia Wahai Kekasih” nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, diputarkan daripada koleksi piring hitam Galeri Lebok Dana.
2 hari lagi menuju Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026! Untuk hari keenam, Galeri Lebok Dana memutarkan sebuah lagu yang menyentuh perasaan daripada koleksi piring hitam kami, iaitu “Selamat Berbahagia Wahai Kekasih” nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Lagu ciptaan P. Ramlee ini dirakamkan sekitar tahun 1957, dan dipercayai ditujukan khas buat Saloma ketika beliau mendirikan rumah tangga dengan suaminya ketika itu. Ia sebuah lagu perpisahan yang tetap ikhlas mendoakan kebahagiaan orang yang dikasihi.
“Rela ku hidup wahai kekasih dalam derita, asalkan dikau wahai kekasih hidup berbahagia”, lirik yang cukup tulus, tentang cinta yang tahu merelakan.
Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026 akan berlangsung pada:
- 📅 Ahad, 11 Oktober 2026
- 🕘 9.00 malam
- 📍 DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- 📺 Siaran langsung di TV2
Galeri Lebok Dana juga akan mengadakan pameran pada hari tersebut. Jom datang beramai-ramai, singgah ke pameran kami dan sama-sama memberi sokongan kepada bakat-bakat yang meneruskan legasi Tan Sri P. Ramlee!
Selamat mendengar, dan jumpa lagi esok dengan lagu seterusnya. Semoga terhibur bersama Galeri Lebok Dana.



