Langkau ke kandunganWhatsApp
P.Ramlee - Senyap dan Sunyi — rakaman piring hitam dari koleksi Galeri Lebok Dana
Lagu Piring Hitam28 Ogos 2022· 1 min bacaan
P.Ramlee

Senyap dan Sunyi

Pada malam ini, Galeri Lebok Dana ingin memutarkan sebuah lagu daripada piring hitam yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berjudul "Senyap dan Sunyi".

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan Facebook Galeri Lebok Dana.

Pada malam ini, Galeri Lebok Dana ingin memutarkan sebuah lagu daripada piring hitam yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berjudul “Senyap dan Sunyi”. Lagu ini merupakan lagu OST daripada filem “Siapa Salah” pada tahun 1953 yang dibintangi oleh P.Ramlee sendiri, Haji Mahadi, Daeng Idris, Salleh Kamil, Hashim Nor dan lain-lain.

Lagu ini telah didendangkan oleh Mohd Firdaus Abu Bakar dalam pertandingan Bintang P.Ramlee 2022 Peringkat Negeri Sarawak yang baru berakhir semalam dan sekaligus membawa tuah kepadanya untuk mewakili negeri Sarawak pada Pertandingan Bintang P.Ramlee Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Oktober nanti. Tahniah dan semoga berjaya diucapkan buat Daus Paktar.

Semoga terhibur. Terima kasih.

Lirik Lagu

Senyap dan sunyi Tabir malam menyelimuti Isi alam dilamun mimpi

Terkenang nasib sendiri Nak memandang tak daya lagi Ku pandang kiri, ku pandang kanan

Hitam gelap yang kelihatan Cantik molek putih dan hitam Sama saja tiada beza sebarang ragam

Alam nan luas Banyak gunung dan banyak jurang Wahai anak, dan banyak jurang

Gunung tinggi engkau daki Jurang dalam engkau jauhi Kalaulah aku boleh memandang Aku pandu engkau berjuang

Kalaulah besar anakku sayang Sesal ayah kerana tidak dapat memandang

P.Ramlee - Senyap dan Sunyi — foto 1

sumber : steemit.com

P.Ramlee - Senyap dan Sunyi — foto 2

sumber : nst.com.my

P.Ramlee - Senyap dan Sunyi — foto 3

sumber : imdb

Rakaman daripada saluran YouTube galeri. Tonton di YouTube →

Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.