Tiada Kata Secantik Bahasa
Hari 5 kiraan detik ke Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026: “Tiada Kata Secantik Bahasa” nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, diputarkan daripada koleksi piring hitam Galeri Lebok Dana.
3 hari lagi menuju Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026! Pada hari kelima ini, Galeri Lebok Dana memutarkan sebuah lagu cinta yang cukup indah daripada koleksi piring hitam kami, iaitu “Tiada Kata Secantik Bahasa” nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Lagu ini dipetik daripada filem Anakku Sazali (1956), dengan lirik asal oleh Jamil Sulong. Babak lagu ini dalam filem tersebut dibuka dengan sebuah piring hitam yang diputarkan di atas gramofon, babak yang cukup dekat di hati kami di Galeri Lebok Dana. Kami turut menyelitkan babak tersebut dalam video ini.
“Tiada kata secantik bahasa untuk ku puji adinda”, sebuah ungkapan cinta yang sopan dan berbudi bahasa, cerminan keindahan bahasa Melayu dalam karya-karya P. Ramlee.
Kemuncak Bintang P. Ramlee 2026 akan berlangsung pada:
- 📅 Ahad, 11 Oktober 2026
- 🕘 9.00 malam
- 📍 DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
- 📺 Siaran langsung di TV2
Galeri Lebok Dana juga akan mengadakan pameran pada hari tersebut. Jom datang beramai-ramai, singgah ke pameran kami dan sama-sama memberi sokongan kepada bakat-bakat yang meneruskan legasi Tan Sri P. Ramlee!
Selamat mendengar, dan jumpa lagi esok dengan lagu seterusnya. Semoga terhibur bersama Galeri Lebok Dana.



