
Cerita & Aktiviti3 Ogos 2022· 1 min bacaan
Penggambaran "Kuppa Kopi" RTM Sarawak
Alhamdulillah, pada petang tadi, krew RTM Sarawak telah datang ke Galeri Lebok Dana untuk melakukan penggambaran buat rancangan "Kuppa Kopi".
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua rakan Facebook Galeri Lebok Dana.
Alhamdulillah, pada petang tadi, krew RTM Sarawak telah datang ke Galeri Lebok Dana untuk melakukan penggambaran buat rancangan “Kuppa Kopi”. InsyaAllah Galeri Lebok Dana sekali lagi akan muncul di RTM TV1 pada 23 Ogos 2022 nanti. Sama-sama kita nantikan.
Tidak lupa saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak RTM Sarawak kerana sudi memilih Galeri Lebok Dana untuk muncul dalam rancangan “Kuppa Kopi”.
Semoga kita berjumpa lagi.

Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.



