Langkau ke kandunganWhatsApp
R. Azmi - Dunia Sekarang — rakaman piring hitam dari koleksi Galeri Lebok Dana
Lagu Piring Hitam14 Februari 2023· 1 min bacaan
R. Azmi

Dunia Sekarang

MINGGU R.AZMI DI GALERI LEBOK DANA Bersempena dengan "Minggu R.Azmi di Galeri Lebok Dana", pada hari ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh R.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan FB Galeri Lebok Dana sekalian.

MINGGU R.AZMI DI GALERI LEBOK DANA

Bersempena dengan “Minggu R.Azmi di Galeri Lebok Dana”, pada hari ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh R. Azmi yang bertajuk “Dunia Sekarang”.

R.Azmi ataupun nama sebenarnya Raja Azmi Raja Ambiah merupakan seorang penyanyi Melayu era 50-an yang berasal daripada Kuala Kangsar, Perak. Beliau merupakan artis senangkatan dengan Tan Sri P.Ramlee dan Tan Sri S.M Salim di dalam program Bakat Radio 1947. Antara lagu hits yang beliau nyanyikan ialah “Hitam Manis”, “Dari Kerana Mata” dan “Hati Rindu”.

Semoga terhibur.

Terima kasih.

Lirik Lagu

Dunia sekarang Sudahlah terbalik Pemudi berbaju belang Pemuda berbaju batik

Dunia sekarang Sudahlah terbalik Pemudi berbaju belang Pemuda berbaju batik

Ha ha ha ha ha ha ha

Kebanyakan pemudi….. Kebanyakan pemudi Dizamannya ini Suka memiliki Jodoh nya sendiri Mengikutkan hati Bersolek setiap hari Satu tak peduli Kedapur malas sekali

Dunia sekarang Sudahlah terbalik Pemudi berbaju belang Pemuda berbaju batik

Ha ha ha ha ha ha ha

Kebanyakan pemuda….. Kebanyakan pemuda Di ini nya masa Suka pergi melawa Walau tak bekerja Beraksi tak lupa Baju warna dua Mundar mandir di jalan raya Menghilangkan masa

Dunia sekarang Sudahlah terbalik Pemudi berbaju belang Pemuda berbaju batik

Rakaman daripada saluran YouTube galeri. Tonton di YouTube →

Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.