Langkau ke kandunganWhatsApp
R. Azmi - Kaseh Menanti — rakaman piring hitam dari koleksi Galeri Lebok Dana
Lagu Piring Hitam17 Februari 2023· 1 min bacaan
R. Azmi

Kaseh Menanti

MINGGU R.AZMI DI GALERI LEBOK DANA Bersempena dengan "Minggu R.Azmi di Galeri Lebok Dana", pada hari ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh R.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan FB Galeri Lebok Dana sekalian.

MINGGU R.AZMI DI GALERI LEBOK DANA

Bersempena dengan “Minggu R.Azmi di Galeri Lebok Dana”, pada hari ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh R. Azmi yang bertajuk “Kaseh Menanti”.

R.Azmi ataupun nama sebenarnya Raja Azmi Raja Ambiah merupakan seorang penyanyi Melayu era 50-an yang berasal daripada Kuala Kangsar, Perak. Beliau merupakan artis senangkatan dengan Tan Sri P.Ramlee dan Tan Sri S.M Salim di dalam program Bakat Radio 1947. Antara lagu hits yang beliau nyanyikan ialah “Hitam Manis”, “Dari Kerana Mata” dan “Hati Rindu”.

Semoga terhibur.

Terima kasih.

Lirik Lagu

Engkaulah dewi ku Juwita Kasih nan ku nanti Asmara… Asmara… Asmara…

Kini hatiku rindu Padamu wahai juwita Lama engkaulah pergi Tak tahu dimana rimba

Hatiku rindu jiwa merana Khabar tidak berita Hanya janji dalam jiwa Disana kasih menanti

Engkaulah dewi ku Juwita Kasih nan ku nanti Asmara… Asmara… Asmara…

Tetapi aku percaya Kelak engkau kembali Kerana kau menyinta Dengan hati nan suci

Aku rela serta tabah Walau seksa jiwa merana Itulah tanda cinta suci Berabat kasih menanti

Engkaulah dewi ku Juwita Kasih nan ku nanti Asmara… Asmara… Asmara…

Rakaman daripada saluran YouTube galeri. Tonton di YouTube →

Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.