
Rindu Dendam
Pada pagi ini, Galeri Lebok Dana ingin memutarkan sebuah lagu piring hitam yang berjudul "Rindu Dendam" yang dinyanyikan oleh Raja Azmi Raja Ambiah ataupun lebih dikenali sebagai R.Azmi.
Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.
Pada pagi ini, Galeri Lebok Dana ingin memutarkan sebuah lagu piring hitam yang berjudul “Rindu Dendam” yang dinyanyikan oleh Raja Azmi Raja Ambiah ataupun lebih dikenali sebagai R.Azmi. Lagu ini merupakan saduran daripada lagu yang dipopularkan oleh seorang artis lagenda daripada India iaitu mendiang Lata Mangeshkar yang bertajuk “Zindagi Bebas Hui Hai” dalam filem Anarkali pada tahun 1953.
Semoga terhibur. Terima kasih.
Lirik Lagu
Demi alam yg luas Bebaskan beta lepas Agar cinta abadi Dapat ku nikmati
Memang cinta itu buta tak mengenal sgalanya Namun beta tak berdaya hanya aku berserah Oh tuhan yg berkuasa!! Lihatlah aku kecewa.
Demi alam yg luas bebaskan beta lepas!
Tapi kini ku rela Walau d lamun asmara Hanya ku bawa berdiam Segala rindu dendam
Oh tuhan yg berkuasa!sampaikanlah maksud BEta Demi alam yg luas Bebaskan beta lepas
Agar cinta abadi Dapatlah ku Nikmati.
Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.



