
Serba Salah
MINGGU R.AZMI DI GALERI LEBOK DANA Bersempena dengan "Minggu R.Azmi di Galeri Lebok Dana", pada hari ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh R.
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan FB Galeri Lebok Dana sekalian.
MINGGU R.AZMI DI GALERI LEBOK DANA
Bersempena dengan “Minggu R.Azmi di Galeri Lebok Dana”, pada hari ini, Galeri Lebok Dana ingin memainkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh R. Azmi yang bertajuk “Serba Salah”.
R.Azmi ataupun nama sebenarnya Raja Azmi Raja Ambiah merupakan seorang penyanyi Melayu era 50-an yang berasal daripada Kuala Kangsar, Perak. Beliau merupakan artis senangkatan dengan Tan Sri P.Ramlee dan Tan Sri S.M Salim di dalam program Bakat Radio 1947. Antara lagu hits yang beliau nyanyikan ialah “Hitam Manis”, “Dari Kerana Mata” dan “Hati Rindu”.
Semoga terhibur.
Terima kasih.
Lirik Lagu
Memang nasib saya tidak baik Dapat bini, bodoh campur cerdik Saban hari dia suka bersolek Sampai otak saya jadi naik pelik
Dicakap salah tak cakap salah Jadi semua serba salah
Jikalau sudah dia kerja didapur Nasi dimasak menjadi bubur Ikan disiang semuanya hancur Perencah dibubuh habis bertabur
Ditegur salah tak tegur salah Jadi semua serba salah
Kerja dirumah cukupnya malas Baik menyapu baik berkemas Bangun tidur pukul lima belas Laki yang mana hati tidak panas
Dilarang salah tak larang salah Jadi semua serba salah
Muka naik pucat badannya pun letih Disuruh bikin kopi dibikinnya teh Disuruh beli roti dibelinya kuih Laki yang mana tidak berleteh
Dibilang salah tak bilang salah Jadi semua serba salah
Disuruh ambil gelas diambilnya cawan Disuruh ambil piring diambilnya pinggan Disuruh ambil mentega diambil belacan Hati yang mana kita boleh tahan
Diajar salah tak ajar salah Jadi semua serba salah
Disuruh ambil parang diambilnya pisau Disuruh ambil beg diambilnya pau Disuruh beli mee dibeli kueh teow Disuruh beli rokok Dibeli sentil tembakau
Diturut salah tak turut salah Jadi semua serba salah
Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.



