Langkau ke kandunganWhatsApp
Saloma - Kain Songket — rakaman piring hitam dari koleksi Galeri Lebok Dana
Lagu Piring Hitam26 Mei 2022· 2 min bacaan
Saloma

Kain Songket

Setelah sekian lama tidak membuat video baru, pagi ini bosan-bosan duduk di rumah jadi kita bersihkan kain tradisional yang ada dalam simpanan Galeri Lebok Dana.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua rakan-rakan Facebook Galeri Lebok Dana.

Setelah sekian lama tidak membuat video baru, pagi ini bosan-bosan duduk di rumah jadi kita bersihkan kain tradisional yang ada dalam simpanan Galeri Lebok Dana. Pada hari raya yang lepas, Galeri Lebok Dana telah menerima 2 helai kain songket daripada anak saudara Zaimar Zyn & Zaimar Juki untuk dijadikan sebagai tanda kenangan dan koleksi di Galeri Lebok Dana. Terima kasih banyak-banyak. InsyaAllah akan dijaga dengan baik dan tersimpan rapi di dalam galeri saya.

Semoga terhibur.

Lirik Lagu

Pemuda pemudi kalau berkain songket Alangkah indah berseri bertambah cantik Alangkah indah berseri bertambah cantik Kainlah songket tenun Melayu Mula asalnya dari Terengganu

Oh abang yang manis Oh nona yang lawa Pakai kain songket Pakaian budaya

Oh abang yang manis Oh nona yang lawa Pakai kain songket Pakaian budaya

Kain songket pakaian anak Melayu Tapi sayang tak boleh pakai selalu Tapi sayang tak boleh pakai selalu Kerana jemu mata memandang Tidak seperti batik basahan

Berbagailah macam boleh digayakan Setiaplah hari jikalau berjalan Berbagailah macam boleh digayakan Setiaplah hari jikalau berjalan

Sungguh banyak dipakai masa hari raya Miskin kaya kecil besar tua muda Miskin kaya kecil besar tua muda Apa lagi yang lelaki tua Dia berjalan dengan kaki tiga Tersenyum pula sambil ketawa Sayang sedikit giginya dua Tersenyum pula sambil ketawa Sayang sedikit giginya dua

Pemuda pemudi kalau berkain songket Alangkah indah berseri bertambah cantik Alangkah indah berseri bertambah cantik Kainlah songket tenun Melayu Mula asalnya dari Terengganu

Oh abang yang manis Oh nona yang lawa Pakai kain songket Pakaian budaya

Oh abang yang manis Oh nona yang lawa Pakai kain songket Pakaian budaya

Oh abang yang manis Oh nona yang lawa Pakai kain songket Pakaian budaya Oh abang

Rakaman daripada saluran YouTube galeri. Tonton di YouTube →

Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.