Langkau ke kandunganWhatsApp
Senam Tari Sempena Hari Kebangsaan Ke-65 — Galeri Lebok Dana
Cerita & Aktiviti1 September 2022· 1 min bacaan

Senam Tari Sempena Hari Kebangsaan Ke-65

Pertama sekali, masih belum terlambat untuk Galeri Lebok Dana ucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-65 buat semua rakyat Malaysia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

Pertama sekali, masih belum terlambat untuk Galeri Lebok Dana ucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-65 buat semua rakyat Malaysia.

Bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia semalam, Galeri Lebok Dana telah mengadakan aktiviti senam tari yang bertemakan dengan lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee di halaman Galeri Lebok Dana pada petang semalam. Senam tari ini diketuai oleh saudara Salleh Anuar @ Noeng dan disertai oleh rakan-rakan beliau.

Terima kasih buat semua rakan-rakan yang sudi menjayakan program pada hari ini. InsyaAllah kita akan mengadakan pelbagai aktiviti lagi di masa akan datang. Aamiin.

Tracklist :

  1. Saloma - Malam Pesta Muda Mudi
  2. P.Ramlee - Ai Ai Twist
  3. P.ramlee - Bunyi Gitar
  4. Saloma - Hati Muda
  5. Aziz Jaafar - Malaysia Baru
  6. Saloma - Asmara Bertemu
  7. P.Ramlee & Saloma - Joget Malaysia
  8. P.ramlee - Joget Pahang
  9. P.Ramlee - Pura Cendana
  10. P.Ramlee - Kwek Mambo
Senam Tari Sempena Hari Kebangsaan Ke-65 — foto 1Senam Tari Sempena Hari Kebangsaan Ke-65 — foto 2Senam Tari Sempena Hari Kebangsaan Ke-65 — foto 3Senam Tari Sempena Hari Kebangsaan Ke-65 — foto 4Senam Tari Sempena Hari Kebangsaan Ke-65 — foto 5
Rakaman daripada saluran YouTube galeri. Tonton di YouTube →

Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.