
Suhaimi Bintang P.Ramlee - Aduh Sayang
Pada hari Isnin yang lepas, Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada salah seorang peminat setia Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berasal dari Sabak Bernam, iaitu saudara Suhaimi Bintang Pramlee bersama is…
Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.
Pada hari Isnin yang lepas, Galeri Lebok Dana telah menerima kunjungan daripada salah seorang peminat setia Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang berasal dari Sabak Bernam, iaitu saudara Suhaimi Bintang Pramlee bersama isterinya. Menariknya, suadara Suhaimi bukan sekadar peminat biasa, beliau merupakan salah seorang finalis pertandingan Bintang P.Ramlee pada tahun 2010, mewakili zon tengah.
Sempena kunjungan ini, saudara Suhaimi telah mendendangkan lagu Aduh Sayang, sebuah lagu indah yang dinyanyikan oleh seniman agung P.Ramlee dalam filem Ragam P.Ramlee.
Mari kita sama-sama dengarkan nyanyian beliau dan nikmati alunan lagu yang pasti mengimbau kenangan. Terima kasih kepada saudara Suhaimi dan isteri atas kunjungan ke Galeri Lebok Dana. Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang!
Lirik Lagu
Sayang, sayang, aduh, sayang Oh, ditelan pahit, dibuang sayang Pabila sudah mabuk kepayang Hatiku rasa bimbang Oh, risau, risau, aduh, risau Semakin lama, semakin kacau Jiwaku hiba, tiada tenang Aduh, sayang Bila siang terbayang-bayang Di malam hari termimpi-mimpi Ingin sunting gadis Pak Abas Tapi sayang, sayang, orang sudah kebas Oh, sayang, sayang, aduh, sayang Jikalau sudah gila bayang Makin nak lupa, makin mendatang Aduh, sayang Oh, sayang, sayang, aduh, sayang Jikalau sudah gila bayang Makin nak lupa, makin mendatang Aduh, sayang Sayang, sayang, aduh, sayang
Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.



