
Tan Sri Ahmad Nawab - Senimu Sepanjang Zaman
Pada 11 - 13 Mac yang lepas, pengasas Galeri Lebok Dana, Abg Bollhasan Abg Alli, bersama dengan 2 orang ahli Geng Pau Suri (GPS), Morse Uotye dan Lutfi Lett, telah pergi ke Kuala Lumpur untuk melawat rumah Tan Sri Dr.
Assalamualaikum dan salam hujung minggu kepada semua rakan-rakan Galeri Lebok Dana.
Pada 11 - 13 Mac yang lepas, pengasas Galeri Lebok Dana, Abg Bollhasan Abg Alli, bersama dengan 2 orang ahli Geng Pau Suri (GPS), Morse Uotye dan Lutfi Lett, telah pergi ke Kuala Lumpur untuk melawat rumah Tan Sri Dr. Ahmad Nawab. Banyak cerita yang beliau kongsikan kepada kami selama 2 jam kami melawat kediamannya. Ia adalah satu kenangan yang akan disimpan dan diingati selamanya.
Pada kesempatan ini, saya dan juga semua ahli kumpulan Geng Pau Suri, ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Nawab kerana telah dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 5 Jun yang lepas.
Saya mendoakan agar Tan Sri diberikan umur panjang dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Semoga kita dapat bertemu lagi di masa depan. Amin.
Semoga anda semua terhibur.
Terima kasih.
Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.



















