
Undilah
Bersempena dengan Pilihan Raya Umum yang ke-15 (PRU15) pada esok hari, Galeri Lebok Dana ingin memutarkan sebuah lagu nyanyian Allahyarham Datuk Zainal Alam Zainul Abidin yang bertajuk "Undi-lah".
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan Facebook Galeri Lebok Dana.
Bersempena dengan Pilihan Raya Umum yang ke-15 (PRU15) pada esok hari, Galeri Lebok Dana ingin memutarkan sebuah lagu nyanyian Allahyarham Datuk Zainal Alam Zainul Abidin yang bertajuk “Undi-lah”. Lagu ini telah dirakamkan pada tahun 1955 dan diputarkan buat pertama kalinya tiga bulan sebelum tarikh Pilihan Raya Pertama Persekutuan Tanah Melayu pada 27 Julai 1955.
Marilah kita menunaikan kewajiban kita sebagai rakyat Malaysia dengan keluar mengundi pada esok hari.
Semoga terhibur. Terima kasih.
Lirik Lagu
Undi lah Puan dan tuan Dua puluh tujuh hari bulan Pilihan raya yang pertama Pergilah Undi lah Bersama-sama
Hari undi di persekutuan Julai 27 hari bulan Jangan lupa Encik dan tuan-tuan Undilah calon yang tuan puan berkenan
Undi lah Dengan baik hati Siapa Yang tuan sukai Cakap orang Jangan lah peduli Fikir dulu jangan lambat terus mengundi
Undi lah Puan dan tuan Dua puluh tujuh hari bulan Pilihan raya yang pertama Pergilah Undi lah Bersama-sama
Sebelum Tuan melangkah Ingat dulu Tanda yang nak dipangkah Jaga baik Bila nak mengundi Pilih calon bila tetap hati sendiri
Undi lah Puan dan tuan Dua puluh tujuh hari bulan Pilihan raya yang pertama Pergilah Undi lah Bersama-sama
Jangan lupa Kad pengenalan Baru senang undi dijalankan Itulah sahaja pesanan Selamat mengundi wahai puan dan tuan
Undi lah Puan dan tuan Dua puluh tujuh hari bulan Pilihan raya yang pertama Pergilah Undi lah Bersama-sama
Cerita ini diambil daripada catatan asal galeri. Tarikhnya ikut hari ia mula-mula dikongsi.



