Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.
Alhamdulillah petang tadi sempat berkumpul dan meluangkan masa bersama Geng Pau Suri di Galeri Lebok Dana meraikan Hari Seniman Negara 2023.
Pada petang tadi, ada sedikit jamuan petang dan majlis penyerahan potret Dato’ Seri Dr. Ahmad Nawab yang dilukis oleh saudara Major Wayne untuk disimpan di Galeri Lebok Dana. Terima kasih suadara Major Wayne.
InsyaAllah, sekiranya umur panjang dan diberikan kesempatan untuk berjumpa dengan Dato’ Seri, potret ini akan diserahkan kepada beliau kelak.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa buat semua umat Islam. Semoga semua amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.























