Kamsani – Kenangan Lama

Assalamualaikum dan selamat pagi rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana.

Pagi ini mari kita sama sama dengarkan sebuah lagu daripada piring hitam yang dinyanyikan oleh Kamsani yang bertajuk “Kenangan Lama”. Lagu ini merupakan OST untuk filem “Adekku (1956) yang dibintangi oleh Ahmad Mahmud, Rosnani Jamil, Saloma, Haji Mahadi, Siti Tanjong Perak, Malik Sutan Muda, Omar Suwita dll.. Di dalam filem tersebut, lagu ini telah dinyanyikan oleh H.M Rohaizad dengan versi tempoh yang sedikit perlahan.

Semoga terhibur. Terima kasih.

Lirik Lagu

Hembusan angin yang mendayu dayu
Menimbulkan kenangan di masa dulu
Segala kejadian yang lalu
Masih terbayang selalu

Di sinilah tempat aku bersuka
Menyanyi berkejar dan bergurau senda
Peristiwa lama tidak ku lupa
Tetap tersimpan di jiwa

Kini datang semula
Hasrat idaman lama
Bertemu dgn pujaan jiwa
Timbul rasa kasih juga cinta

Kini datang semula
Hasrat idaman lama
Bertemu dengan pujaan jiwa
Timbul rasa kasih juga cinta

Entah kenapa hatiku gembira
Bertentangan mata denganmu jelita
Mengetarkan seluruh jiwa raga
Sebab matamu nan bisa

Kini datang semula hasrat
Idaman lama
Bertemu dgn pujaan jiwa
Timbul rasa kasih juga cinta

Suka dengan artikel ini? Kongsi artikel ini di laman sosial anda.

Artikel Lain

Mimi Loma – Bawah Rumpun Bambu

Assalamualaikum dan selamat pagi semua pengikut setia Galeri Lebok Dana! Pada pagi ini, Galeri Lebok Dana memutarkan sebuah lagu klasik malar segar, “Bawah Pohon Bambu”…

Piring Hitam | 26 January 2025
Makan Tengah Hari dan Penyerahan Potret Ahli Kumpulan Geng Pau Suri (GPS)

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana. Pada tengah hari tadi, Geng Pau Suri berkumpul sebentar untuk menjamu selera di Galeri…

Aktiviti dan Lawatan | 6 June 2022
Kamsani – Kenangan Lama

Assalamualaikum dan selamat pagi rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana. Pagi ini mari kita sama sama dengarkan sebuah lagu daripada piring hitam yang dinyanyikan oleh Kamsani…

Piring Hitam | 14 February 2022