Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan Galeri Lebok Dana.
Satu penghormatan yang tidak terhingga bagi Galeri Lebok Dana pada petang semalam, 6 Januari 2024, apabila Galeri Lebok Dana menerima kunjungan istimewa daripada seniwati terkemuka, Dayang Sofia, yang turut ditemani oleh anaknya, Sandakiah Azez, serta Saudara Shidee Latip. Kehadiran mereka telah menceriakan suasana dan menjadi satu momen yang amat bermakna bagi Galeri Lebok Dana.
Seniwati Dayang Sofia binti Awang Rambli merupakan seorang pelakon sezaman dengan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan juga merupakan bekas isteri kepada Allahyarham Aziz Satar. Beliau memulakan kariernya dalam filem “Bujang Lapok” pada tahun 1957 dan pernah membintangi filem-filem yang lain seperti “Seniman Bujang Lapok”, “Nasib Si Labu Labi” dan “Tiga Abdul”.
Ribuan terima kasih diucapkan kerana sudi meluangkan masa singgah ke Galeri Lebok Dana. Semoga kita semua sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik dan panjang umur. Semoga kita dapat bertemu lagi di lain waktu. InsyaAllah.





































