Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan Galeri Lebok Dana.
Pada 1 Mei yang lepas, Galeri Lebok Dana telah mengadakan sebuah Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang dihadiri oleh rakan-rakan daripada kumpulan tari Sri Tarina, Geng Pau Suri, dan Alumni SK Encik Buyong Batch 1966. Kami disajikan dengan pelbagai juadah istimewa dan turut dihiburkan dengan nyanyian merdu daripada rakan-rakan yang hadir serta tarian daripada ahli kumpulan Sri Tarina.
Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang telah hadir dan menyumbang keceriaan pada majlis ini. Saya berharap pertemuan ini meninggalkan kesan yang indah di hati dan semoga kita semua berkesempatan untuk berjumpa lagi di masa akan datang. Aamiinn.




































