Senamtari Bersempena Hari Kebangsaan ke-66

Senamtari Bersempena Hari Kebangsaan ke-66

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Pertama sekali, Galeri Lebok Dana ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-66 buat seluruh rakyat Malaysia.

Pada petang semalam (31 Ogos 2023), Galeri Lebok Dana bersama Geng Pau Suri telah mengadakan sebuah acara Senam Tari yang diketuai oleh Saudara Salleh Annuar @ Noeng bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia. Acara ini dimulakan dengan temu ramah bersama dengan penaja utama iaitu pihak JJ Cleaning Sarawak, Tuan Hj Edruce yang juga mewakili pemilik bersama Puan Hjh Norjanah Ahmad. Selepas itu, bermulanya acara senamtari, karaoke, makan petang dan majlis penyampaian cenderamata yang merupakan set pencuci daripada JJ Cleaning kepada semua peserta-peserta senamtari.

Dikesempatan ini, Galeri Lebok Dana dan Geng Pau Suri mengucapkan jutaan terima kasih kepada JJ Cleaning Sarawak kerana sudi menaja program kemerdekaan pada tahun ini dan tidak lupa juga kepada saudara Noeng dan peserta senam tari kerana sudi memeriahkan program di Galeri Lebok Dana.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh hamba menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Suka dengan artikel ini? Kongsi artikel ini di laman sosial anda.

Artikel Lain

Mimi Loma – Bawah Rumpun Bambu

Assalamualaikum dan selamat pagi semua pengikut setia Galeri Lebok Dana! Pada pagi ini, Galeri Lebok Dana memutarkan sebuah lagu klasik malar segar, “Bawah Pohon Bambu”…

Piring Hitam | 26 January 2025
Makan Tengah Hari dan Penyerahan Potret Ahli Kumpulan Geng Pau Suri (GPS)

Assalamualaikum dan selamat petang buat semua rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana. Pada tengah hari tadi, Geng Pau Suri berkumpul sebentar untuk menjamu selera di Galeri…

Aktiviti dan Lawatan | 6 June 2022
Kamsani – Kenangan Lama

Assalamualaikum dan selamat pagi rakan-rakan FB Galeri Lebok Dana. Pagi ini mari kita sama sama dengarkan sebuah lagu daripada piring hitam yang dinyanyikan oleh Kamsani…

Piring Hitam | 14 February 2022